Semua sedia maklum, pelakon Zizie Izette mempunyai anak kembar lelaki yang memang cukup comel. Aadam Zac Izette merupakan abang dan manakala adiknya ialah Aaleph Zeke Izette. Walaupun keduanya baru berusia 3 bulan, namun mereka sudah menjadi tumpuan netizen.
Kami kongsikan dengan anda beberapa foto mereka. Hari-hari mummy Zizie pakaikan baju sedondon. Alahai comelnya!
Hari-hari sedondon
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEWRHPBEV-H7Ay2Kiq-TWJbqlOFPFCIbnc-oqLO-s8CJk0fKUfWWN8tRUFwYFF7-TWCqX7vJu_vTngg9o6-ZnObC0OF-AKwTL5r0IFJrhcuR5g7qP1zwtoQZFBZEUrG6RwFWLl-_P-DqA/s640/2.png" width="640">
Sumber : Zizie Izette
Kredit:OhBulan
Zizie Ezette Kongsi Wajah, Nama Anak Kembar
SELEPAS sebulan menimang cahaya mata, pelakon Zizie Ezette akhirnya mendedahkan wajah anak kembar lelakinya menerusi laman Instagram.
Zizie, 39, turut berkongsi kepada peminat nama yang dipilih untuk anak kembarnya iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.
“Salam & hello everyone. Meet my two precious heroes.
“Alhamdulillah, hari ni dah sebulan satu hari. Terima kasih diatas doa-doa anda dalam ruangan komen sebelum ini,” tulisnya.
Menurut Zizie lagi, gambar berkenaan dirakam sewaktu bayi kembarnya berusia 20 hari.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai dan sehingga kini sudah menerima lebih 60 ribu tanda suka.
“MashaAllah comelnya. Semoga membesar dengan sihat dan kuat serta jadi anak yang membanggakan mama, papa dan negara,” tulis zazazaharullai di Instagram.
“Alhamdulillah. Sihat dan comel. Tahniah Zizie dan keluarga,” tulis juwita72.
Zizie selamat melahirkan bayi kembar lelaki tersebut pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Lebih mengujakan, bayi kembar ini dilahirkan sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran pelakon itu.
Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.
Pasangan ini mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.
0 comments: