Wednesday, August 8, 2018

"Saya Hampir Terlepas Peluang, Nasib Baik Saya Baca DM" - Uqasha Senrose


Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan dirinya hampir terlepas peluang membintangi naskah Hantu Kak Limah arahan sutradara Mamat Khalid.

"Rupanya, sudah dua bulan penerbit eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-Lin Pllai cuba menghubungi saya. Menurut Gayatri, dia mencuba untuk menghubungi saya dan meninggalkan pesanan kepada pengurus saya.

"Namun begitu, pengurus tidak menerima apa-apa pesanan. Akhirnya, saya membaca Direct Message (DM) di laman Instagram dan ternampak mesej Gayatri.

"Kata Gayatri, sudah lama dia mencari saya untuk menawarkan watak Eton sebagai gadis bunian dalam filem ini. Saya hampir terlepas peluang kerana pihak produksi mahu melepaskan watak tersebut kepada orang lain.

"Nasib baik saya membaca DM dan menerima tawaran tersebut dengan berbesar hati. Sudah menjadi impian saya untuk bekerjasama dengan pengarah profilik seperti Mamat Khalid," kata Uqasha.

Menerusi filem terbitan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini, Uqasha bergandigan dengan Datuk Awie.

"Pada awalnya, saya akui saya sangat gementar untuk bergandigan dengan Awie kerana dia merupakan seorang pelakon otai.

"Saya membesar menonton filem lakonan Awie. Apabila melangkah ke set penggambaran, perasaan itu hilang kerana Awie sangat profesional.

"Sebagai pelakon senior, dia banyak membantu dan saya juga senang bekerjasama dengan semua krew produksi Hantu Kak Limah," katanya lagi.

Hantu Kak Limah yang turut menampilkan Delimawati, Zul Ariffin, Sabri Yunus dan ramai lagi ini akan menemui penonton pada 9 Ogos ini!

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Uqasha
source : gempak.com

Produser Filem Pinjamkan Hatiku Bakal Terbitkan Filem Seram


Selepas kejayaan filem Pinjamkan Hatiku, produser filem dan usahawan, Datin Furyna Azmeer bakal menerbitkan sebuah filem seram.

Filem Pinjamkan Hatiku yang menjadi filem pertama terbitannya mengutip kutipan RM3.4 juta dan menampilkan pelakon Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Datuk Farid Kamil sebagai teraju utama.

"Alhamdulillah, filem Pinjamkan Hatiku mendapat sambutan yang agak baik. Biarpun ketika itu ia bersaing dengan banyak filem besar seperti Pengabdi Setan, kutipan Pinjamkan Hatiku tidak menghampakan.

"Insya-Allah, saya mempunyai perancangan untuk menerbitkan sebuah filem seram. Buat masa ini, saya sedang mencari beberapa naskah untuk dikeluarkan.

"Saya sangat mementingkan kualiti dan mahu sesuatu yang lain berbanding filem yang ada sebelum ini," kata pengasas produk Aurawhite itu.

Furyna ditemui di majlis pelancaran Aurawhite Toothpaste di Meet & Dine, Cheras semalam.

Di acara tersebut, pelakon Fasha Sandha, Izzue Islam dan PU Azman dilantik menjadi ikon bagi produk tersebut.

"Ubat gigi ini telah melalui proses 'research and development' (R&D) dalam masa setahun dan saya sangat mementingkan kualiti.


"Saya percaya dengan kredibiliti Fasha, Izzue dan PU Azman dalam menjadi ikon produk ini. Mereka juga mencuba ubat gigi ini sebelum bersetuju untuk menjadi ikon," katanya lagi.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aurawhite
source : gempak.com

Friday, August 3, 2018

Jodoh Syaitan Singkap Kisah Paku Mayat Untuk Dijadikan Isteri





Genre seram sentiasa mempunyai ramai peminat termasuk filem terbaru, Jodoh Syaitan yang menjadi filem tempatan yang ditunggu-tunggu.

Produser, Mokharul Shamsul Mokhtar atau Asey berkata, meskipun pasaran filem di negara ini tidak menentu, ia bukan halangan untuk produksi DA Motion Media menerbitkan sebuah filem seram terbaru.

Menampilkan gandingan pelakon berpengalaman seperti Soffi Jikan, Abam Bocey, Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi dan Jay Izwazir, filem ini turut membawa kisah seram yang berbeza daripada apa yang pernah dipertontonkan sebelum ini.



Filem arahan Ismail Bob Hashim (Bob) ini membawa kisah seorang pemuda kampung iaitu Megat yang sering berdepan kegagalan dalam percintaan.

Dia kemudian diminta ibunya untuk pulang ke kampung dan berkahwin dengan seorang gadis bernama Mawar.



Bagaimanapun, penceritaan filem ini lebih mencabar apabila watak Tok Chai bersama dua pengikut setianya yang juga rakan Megat mahu mencari mayat untuk dipaku dengan harapan ia hidup semula untuk dijadikan isteri ketuanya itu.

Asey menyatakan dia percaya pada bakat pengarahan Bob yang mampu menterjemahkan elemen seram filem ini menjadi sebuah naskhah yang menarik untuk ditonton kelak.





Buat masa ini, penggambaran filem ini masih dijalankan sejak 18 Julai lalu di lokasi sekitar Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu.

Teks oleh: Elrafaei Sapi
source:gempak.com

Friday, July 27, 2018

Lima kenderaan remuk ditimpa kren


LIMA kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur rosak apabila sebuah kren penanam perancah di tapak pembinaan yang terletak berhampiran tumbang, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada 5.10 petang tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, berkata ketika kejadian dia sedang meletak kenderaan dalam jarak kira-kira 20 meter sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.

Katanya, sebaik menjenguk keluar, dia melihat beberapa kenderaan lain dihempap sebuah kren yang tumbang.

“Saya dengar bunyi dentuman kuat dan bila keluar dari kereta, saya lihat beberapa kenderaan yang diletakkan di bahagian belakang rosak akibat dihempap kren.

“Bila datang dekat, saya dapati tiga kenderaan rosak teruk apabila tiang kren berkenaan jatuh di atas ketiga-tiga kereta itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Pemilik kenderaan yang rosak, Alex Toh, 28, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan kereta rosak akibat dihempap sebuah kren.

“Benda sudah jadi, saya tak boleh nak buat apa-apa. Namun, saya akan tuntut ganti rugi daripada pihak pemaju atas kecuaian mereka,” katanya.

Mangsa lain yang mahu dikenali sebagai Jack berkata, dia tidak menyangka kejadian berkenaan berlaku berikutan sudah lima tahun meletak kenderaan di situ.

“Lima tahun saya letak kenderaan di sini apabila pergi ke tempat kerja, tetapi tidak sangka pula boleh jadi kejadian ini.

“Sebabnya, kawasan meletak kereta itu boleh dikatakan selamat dan tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

source.kepohkuat.com

Nak Buat IG Review Dengan Kylie Jenner? Sediakan RM4 Juta!


Bintang terkenal Hollywood, Kylie Jenner menjana pendapatan sebanyak USD1 juta (RM4 juta) untuk setiap entri Instagram Review yang dimuat naik di laman sosial tersebut.

Dengan jumlah tersebut, Kylie berada di kedudukan teratas carta selebriti yang menerima bayaran lumayan di Instagram. 
Kylie berjaya menewaskan kakaknya sendiri, Kim Kardashian dan penyanyi Selena Gomez.

Mempunyai 111 juta pengikut, Kylie turut mencatat sejarah tersendiri apabila gambar anaknya, Stormi Webster menjadi foto yang menerima jumlah 'like' terbanyak di laman Instagram.

Kylie memegang rekod dan berjaya mengumpul sebanyak 18 juta 'likes' untuk gambar tersebut.

Teks: Kamaruddin Razal
Sumber: Daily Mail
source:gempak.com

Teruskan Legasi Bapa, Tya Ariffin Pilih Jual Jamu


Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Ariffin memilih meneruskan legasi perniagaan bapanya untuk menjual jamu.

Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Ariffin, 24, berkata, dia sudah lama memasang angan-angan untuk mengembangkan perniagaan jamu di peringkat yang lebih tinggi.

"Alhamdulillah impian untuk menjual jamu akhirnya terlaksana dan saya mahu mengetengahkan kebaikan memakan jamu dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Saya mahu meneruskan legasi keluarga kerana sejak dahulu lagi bapa saya merupakan seorang penjual jamu di Palembang, Indonesia.

"Formulasi jamu Mutyara Beauty ini merupakan resipi jamu tradisi daripada keluarga yang ditambah baik untuk memberi pelbagai khasiat kepada pengguna.

"Sebagai seorang yang sering mengamalkan jamu sejak kecil lagi saya mahu tingkatkan kesedaran pada orang ramai bahawa pelbagai khasiat baik untuk kesihatan jika mereka mengamalkan jamu sejak berusia 16 tahun dan ke atas,"katanya kepada Astro Gempak.

Tya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Mutyara Beauty di WowKL, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jamu Mutyara mengandungi makanan sunnah seperti habatus sauda, kurma, madu dan halba selain ditambah perasa campuran buah Cranberries bagi memberikan rasa jamu yang tidak pahit dan sesuai untuk golongan usia.

Jamu Mutyara Beauty yang didatangkan dalam kandungan minuman sebanyak 350 mililiter (350 ml) itu dijual pada harga pasaran RM68 sebotol.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Site : gempak.com

Friday, June 8, 2018

Ziana Zain bawa anak berbelanja sampai kedai tutup


PENYANYI Ziana Zain mendedahkan dia bersama empat anaknya menghabiskan masa selama 12 jam di dua buah pusat beli-belah di ibu negara bagi membeli barang kelengkapan bersempena Aidilfitri yang disambut tidak lama lagi.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 50, berkata, sudah menjadi kebiasaannya memperuntukkan masa seharian untuk tujuan itu agar dia boleh memberi fokus kepada perkara lain.

“Awal puasa lalu saya sudah heret anak-anak pergi beli kelengkapan hari raya kerana tidak mahu kelam kabut kalau tunggu saat-saat akhir.

“Dari pukul 10 pagi keluar, behenti sekejap untuk berbuka puasa dan sambung kembali sampai kedai tutup!

“Kalau ikutkan lebih 12 jam kami dalam pusat beli-belah tapi Alhamdulillah semua persediaan selesai dalam tempoh itu,” katanya.


Ziana bersyukur anak-anaknya tidak cerewet.

Ziana mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan Armin Zaharin iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Dalam pada itu, Ziana berkata, dia beruntung kerana anak-anaknya tidak cerewet dalam soal beli-belah dan hanya mementingkan barang keperluan sahaja.

Kata Ziana, sejak kecil dia sebagai ibu memang tidak mendidik mereka tentang jenama mewah sebaliknya bersederhana dalam pelbagai perkara.

“Yang cerewet dan brand concious sebenarnya mak dia dan bukannya anak-anak! Paling senang adalah anak sulung saya, Aiman yang sentiasa ingatkan saya agar tidak membazir.


Ziana mahu bawa anak-anaknya bercuti.

“Dia kalau hendak beli sesuatu mesti bertanya dahulu sama ada saya ada bajet dan tidak kisah kalau beli pakaian tiada jenama.

“Cuma kalau bab kasut sahaja anak-anak lelaki saya memang cukup cekap tentang apa yang terkini,” jelasnya.

Bercakap mengenai Aidilfitri, Ziana berkata, dia merancang untuk membawa anak-anaknya bercuti memandangkan mereka sudah lama membuat permintaan itu.

“Insya-Allah sambut raya dahulu di rumah keluarga saya dan hasrat itu hendak bawa mereka bercuti tetapi masih belum tahu lokasi.

“Dah lama mereka menyatakan hasrat tetapi kadang-kadang saya sibuk dan kali ini rasanya kena tunaikan permintaan itu,” jelasnya.

Source : kecohhabis.com